Sejarah sistem pengajian teknikal dan vokasional Negara bermula dengan penubuhan Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur untuk melatih juruteknik Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya pada tahun 1906. Sejak tarikh itu, pendidikan teknikal dan vokasional Negara melalui beberapa fasa perubahan dan perkembangan seiring dengan kemajuan teknologi pada masa tersebut. Pendidikan teknikal dan vokasional telah bermula seawall tahun 1926 dengan penubuhan Sekolah Ketukangan yang pertama dan telah berkembangan siring dengan kemajuan teknologi bagi memenuhi keperluan sumber tenaga kerja.
Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur merupakan sekolah teknik yang tertua di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1926 sebagai "The Federated Malay State Trade School" oleh En. Noel Leembruggent, seorang jurutera dan En. Geary, seorang Superitenden. Lokasi pertama sekolah ini ialah di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Pada tahun 1929, nama sekolah telah ditukarkan kepada "Junior Technical Trade School".
Objektif awal sekolah ini ditubuhkan ialah untuk melatih juruteknik bagi Jabatan Kerja Air, Jabatan Elektrik, Jabatan Kerja Raya dan juga Tentera Udara Diraja. Sekolah ini dikhaskan untuk melatih murid-murid Melayu dari negeri-negeri Bersekutu : Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Walau bagaimanapun murid-murid bangsa lain juga diterima belajar di sini yang memakan masa selama tiga tahun. Jumlah bilangan pelajar pada masa itu tidak lebih daripada 50 orang. Latihan yang diberi ialah Lukisan Teknik, Pertukangan Besi dan subjek akademik yang lain. Beberapa tahun kemudian kursus-kursus mengenai radio, elektrik, ladung-meladung (plumbing) dan pertukangan kayu diperkenalkan.
Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi status jabatan dan dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995. Selain merangka polisi, jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan vokasional selaras dengan program pengindustrian dan modernisasi Negara. Satu badan khusus telah ditubuhkan bertanggungjawab dalam mengurus politeknik iaitu Bahagian Pengurusan Politeknik. Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada tahun 1969 dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Ini dikukuhkan lagi melalui satu resolusi yang telah dipersetujui oleh Jemaah Kabinet dalam Pelan Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Industri Kebangsaan pada tahun 1985 – 1995. Keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan(1991) sekali lagi memberi ruang kepada penambahan bilangan politeknik dan penawaran kursus-kursus bagi memenuhi permintaan tenaga separa profesional dalam bidang kejuteraan, perdagangan dan hospitaliti.
Monday, September 8
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bolehkah sdr nyatakan rujukan bagi makalah ini ? TK
Post a Comment