Tuesday, August 26

Selamat Kembali ke SMTSM



Selamat kembali ke sekolah yang tercinta ini setelah seminggu bercuti.

Terima kasih kepada rakan-rakan guru dan para pelajar yang melawati laman blog saya ini. Alamat email saya seperti berikut : sabriwan@ymail.com

Kepada semua pelajar, adalah diharapkan dapat menggunakan masa yang semakin sempit ini dengan sebaik mungkin bagi menghadapi peperiksaan spm nanti. Minggu terakhir di bulan ogos ini agak sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah. Ada program teknik menjawab soalan, detik menjelang kemerdekaan, sambutan ramadhan, peperiksaan percubaan spm dan raya idilfitri.

Kepada semua, terika kasih sekali lagi kerana menyokong laman blog ini. InsyaAllah saya akan terus update laman blog ini untuk tatapan semua dengan maklumat terkini bidang teknik dan vokasional.

Friday, August 15

Selamat Bercuti


Saya ucapkan selamat bercuti kepada semua kawan-kawan blogger. Kalau ada apa-apa komen sila tuliskan dalam blog ini. Selama musim cuti ini saya tidak dapat update blog ini kerana cuti katakan..... dan tempat percutian saya tu pun tak ada coverage internet. Jauh tempatnya, lihatlah flight tu ......
Any how, see you soon.








Wednesday, August 13

Team F1 SMTSM Mengorak Langkah


Model kereta F1 SMTSM dipamerkan kepada pengunjung.


Pasukan F1 lengkap dengan pakaian korporat pasukan.


Ketua pasukan F1 sedang menyampaikan penerangan.


Pasukan F1 SMTSM di konti pameran.


Pasukan F1 SMTSM telah menyertai pertandingan F1 di Kuala Selangor pada 8 hingga 10 Ogos baru-baru ini. Pasukan ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dibawah bimbingan En. Ridauddin dan En. Zainal Shah.

Keputusan bagi penyertaan kali pertama ini amat membanggakan seluruh warga STESMA. Pasukan F1 SMTSM telah menduduki tempat ke-16 daripada 60 buah sekolah yang menyertainya.

Tahniah dan syabas kepada guru-guru dan pelajar. Semoga di tahun hadapan pasukan sekolah ini akan dapat memperbaiki kedudukan yang lebih baik lagi.

Tuesday, August 12

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SETARA JPT





Peperiksaan Percubaan Setara JPT SPM telah diadakan serentak di semua sekolah menengah teknik pada 11 dan 12 Ogos 2008 yang lalu. Peperiksaan ini hanya melibatkan mata pelajaran teknik dan vokasional sahaja.

Pada masa yang sama juga diadakan ujian Learning To Score bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Semoga para pelajar dapat menjawab dengan baik demi kecemerlangan pendidikan mereka di masa hadapan.



what is engineering

Engineering is the discipline and profession of applying technical knowledge and utilizing natural laws and physical resources in order to design and implement materials, structures, machines, devices, systems, and processes that realize a desired objective and meet specified criteria. The American Engineers' Council for Professional Development (ECPD, the predecessor of ABET[1]) has defined engineering as follows:
“[T]he creative application of scientific principles to design or develop structures, machines, apparatus, or manufacturing processes, or works utilizing them singly or in combination; or to construct or operate the same with full cognizance of their design; or to forecast their behavior under specific operating conditions; all as respects an intended function, economics of operation and safety to life and property.”[2][3][4]
One who practices engineering is called an engineer, and those licensed to do so may have more formal designations such as Professional Engineer, Chartered Engineer, or Incorporated Engineer. The broad discipline of engineering encompasses a range of more specialized subdisciplines, each with a more specific emphasis on certain fields of application and particular areas of technology.
http://en.wikipedia.org/wiki/Engineering

selamat datang ke blog baru teknik dan vokasional smtsm


hai, salam perkenalan.

sempena pelancaran blog baru bagi bidang teknik dan vokasional smtsm, kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen daripada guru-guru dan pelajar smtsm.

sekian, terima kasih.