Monday, September 22

Sejarah Penemuan Elektrik

Sejarah penemuan

Rencana utama: Sejarah penemuan elektrik

Orang-orang Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok benda dengan kain bulu. Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zaman Renaissance Eropah, elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung kurun ke-18 sehingga pertengahan kurun ke-19.
Walaupun "rekaan" terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada cereka berbanding dengan fakta, namun teori-teorinya mengenai hubungan antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini. Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael Faraday (17911867), Luigi Galvani (1737–1798), Alessandro Volta (1745-1827), André-Marie Ampère (17751836), dan Georg Simon Ohm (1789-1854). Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti Nikola Tesla, Samuel Morse, Antonio Meucci, Thomas Edison, George Westinghouse, Werner von Siemens, Charles Steinmetz, dan Alexander Graham Bell.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Elektrik

4 comments:

TERA said...

salam... well done!

Pok-Din Inc said...

salam cikgu sabri..

tahniah atas kewujudan blog ni..
sekurang2nya dpt jgk tgk blog2 cikgu skolah sy dulu.. =)

-saifuddin T7(00/01)-

farish said...

meme molek........................... sngoti

KELAB JAM LAMA TLC said...

http://gengjamlama.blogspot.com
ubah minat anda kepada pengumpulan jam.
http://smtlc.blogspot.com